Ewon bantu selesaikan kerosakan saliran air sawah padi Kg.Tambatuon
30 Jun 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan keperluan membina gabion bagi membaiki kerosakan pengairan dan saliran air sawah padi di Kg.Tambatuon, di sini, hari ini.
Sumbangan itu akan memberi manfaat kepada lebih 30 petani sawah padi melibatkan lebih 70 ekar kawasan sawah di kampung itu.
Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan para pesawah di kampung itu.
“Pada hari ini saya menyampaikan sumbangan gabion bernilai RM3,700 dan sumbangan sewa jentera RM1,500 bagi memunggah batu-batu gabion,” katanya.
Sementara itu wakil pesawah Magret Darusin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau membantu para pesawah.
“Sekarang musim menanam padi tapi masalah saliran air menyukaran kami mengusahakannya. Ketika ini kami hanya bergantung kepada air hujan untuk mengairi sawah.
“Dengan adanya sumbangan ini, saya berharap sistem pengairan dan saliran air ke kawasan sawah dapat dibaiki segera,” katanya dan menambah saliran air di kawasan sawah padi mereka rosak sejak Ogos tahun lalu.
Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana sebelum ini telah memberikan bantuan paip untuk tujuan pengairan ke kawasan sawah padi.
“PJKK juga sudah berusahaa untuk membaiki saliran air di bahagian ulu tetapi memandangkan ada runtuhan tebing menyebabkan paip tidak dapat menampung air yang mengalir menyebabkan runtuhan tebing semakin membesar,” katanya.
Comentários