• Wartawan Nabalu News

Ewon beri sumbangan kepada pelajar dikuarantin di Asrama Jubliee Tambulion


15 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kepada 40 pelajar SMK Tambulion dan seorang warden asrama yang menjalani kuarantin di Asrama Jubilee Tambulion.


Pelajar berkenaan diarah menjalani kuarantin kendiri di asrama selama tujuh hari bermula 13 Januari oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga keputusan ujian saringan mereka diperolehi.


Susulan arahan kuarantin tersebut, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah dihubungi berkenaan keperluan bakul makanan untuk penghuni asrama itu.


Sumbangan tersebut disampaikan petang kelmarin oleh Pegawai Perhubungan Adun Kadamaian Dr. Rizoh Bosorang mewakili Ewon.


Pembantu Warden Asrama Rosemary Radin menerima sumbangan itu mewakili pelajar.


Sementara itu Rosemary berkata pihak pengurusan asrama Jubille Tambulion amat berterima kasih atas keprihatinan Adun Kadamaian dalam menyalurkan sumbangan itu.


"Sebelum ini Datuk Ewon sudah beberapa kali menyampaikan sumbangan kepada Asrama Jubilee Tambulion sepanjang tempoh pelaksanaan PKP lalu berikutan pandemik Covid-19," katanya.