Ewon buat kunjungan tiga kampung di Mukim Kinasaraban
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon buat kunjungan tiga kampung di Mukim Kinasaraban


Ewon meninjau jalan kuburan Kg Bongol.

23 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick membuat kunjungan di tiga buah kampung Mukim Kinasaraban, hari ini.


Beliau meninjau beberapa keperluan penduduk kampung di Kg.Bongol, Kg.Mandap dan Kg.Kinasaraban.


Ewon (kanan) menyampaikan sumbangan di Kg.Bongol.

Ewon berpuas hati dengan kerja-kerja penyiapan jalan baharu ke kawasan perkuburan Kg.Bongol yang dibina hasil sumbangan daripada beliau.


“Penduduk kampung turut memohon peruntukan untuk membina dua kalbut yang akan dipasang di jalan kuburan dan juga bayaran saguhati kepada pemilik buah-buahan yang terlibat.


“Jumlah keseluruhan sumbangan yang saya salurkan untuk tujuan itu sebanyak RM6,000,” katanya.


Ewon (kiri) melawat dewan makan Gereja SIB Mandap

Ewon turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM2,000 untuk membina lorong konkrit kawasan Gereja SIB Mandap dan bersetuju membekalkan 25 karung simen bagi pemasangan tiles dewan makan gereja itu.


“Saya berharap sumbangan itu dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan pihak pengurusan gereja untuk menyiapkan dewan makan berkenaan,” katanya.


Ewon (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan di Kg Mandap

Manakala di Kg.Kinasaraban pula, Ewon menyampaikan sumbangan RM2,000 bagi membaikpulih jambatan gantung di kampung itu.



Ewon menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JPKK Kg.Kinasaraban.

bottom of page