Ewon dan Adun Pembangkang hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon dan Adun Pembangkang hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri


Ewon (dua kanan) bersama para pemimpin yang hadir pada majlis itu.

7 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick bersama Adun-Adun pembangkang yang lain meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2022, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).


Majlis seumpama ini sememangnya landasan terbaik untuk mengukuh dan mengeratkan lagi silaturahim dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.


Ini dapat dilihat melalui kehadiran lebih 1,000 tetamu jemputan dari pelbagai agama, suku kaum dan aliran politik.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, walaupun berbeza agama, suku kaum dan aliran politik, rakyat Sabah bersatu hati dan hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis ini


"Inilah keunikan Sabah yang sangat kita perlukan kerana apa-apa pun perayaan semua rakyat tanpa mengira latar belakang hadir,” katanya.


Hadir memeriahkan majlis ini Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Julia Salag serta jemaah kabinet negeri.



Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sr Safar Untong serta ketua-ketua jabatan.



bottom of page