top of page
Wartawan Nabalu News

Ewon dan Jin Zhe rasmi STORE-Y Market Chapter Two


Ewon (tiga kanan), bersama Jin Zhe (empat kanan), Katryn (dua kanan) semasa merasmikan acara tersebut.

14 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan Adun Luyang Phoong Jin Zhe telah merasmikan STORE-Y Market Chapter Two di Riverson, The Walk, di sini, hari ini.


STORE-Y Market yang berlangsung selama tiga hari (12 - 15 Mei) menampilkan pelbagai vendor yang dikendalikan oleh para belia tempatan yang mempunyai minat sama dalam perniagaan.


Menurut pihak penganjur, Hair Architect, Katryn Haw, setiap vendor adalah unik kerana mereka mempunyai kisah mereka tersendiri.

Ewon bersama rombongan ketika melawat gerai-gerai semasa acara itu.

"Kami mengumpul semua belia yang mempunyai minat yang sama yang boleh membanggakan negara, negeri dan ibu bapa masing-masing. Ini kerana belia adalah aset masa depan negara kita.


"Sebab itu setiap gerai ada cerita mereka sendiri, dan sebab tu kami bawa masuk Jin Zhe dan Ewon kerana mereka sangat menyokong keusahawanan belia dan misi kami," katanya.


Sementara itu Ewon berkata, semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Bandar Sabah, kementeriannya sentiasa menyokong usaha para usahawan golongan belia.

"Dalam pada itu, para usahawan yang datang ke sini juga boleh menghubungi kementerian berkenaan dan mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada pegawai berkaitan bagaimana mendapatkan pembiayaan dan mengembangkan perniagaan.


"Semoga penyertaan saya pada hari ini dapat memberikan motivasi kepada para belia yang terlibat dalam aktivit," kata Ewon ketika ditemui pemberita.


Jin Zhe turut menyokong pendapat Ewon dan berkata, acara tersebut sangat bermakna dan menarik kerana ia disertai usahawan golongan muda yang berpotensi besar dalam bidang itu.

"Acara seperti ini sangat penting kerana saya percaya kemajuan sesebuah negara dilihat melalui kehebatan dan kejayaan anak-anak muda dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan.


"Jika orang muda tidak dapat mempunyai harapan dan peluang, tidak kira bagaimana negara kaya dengan sumber, ia tidak akan berjaya,” katanya.

Comentarios

No se pudieron cargar los comentarios
Parece que hubo un problema técnico. Intenta volver a conectarte o actualiza la página.
bottom of page