Ewon hadiri sambutan Krismas dan pemberkatan dewan gereja St.Micheal Penampang

26 Disember 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghadiri sambutan Krismas St.Micheal’s Parish Penampang, di sini, hari ini.
Pada masa yang sama turut diadakan pemberkatan dewan gereja, pusat ziarah, gelari dan arkib serta pejabat baharu gereja itu.
Upacara perasmian dan pemberkatan disempurnakan oleh Ketua Keuskupan Kota Kinabalu Uskup Agung Datuk John Wong.

Turut hadir Rector Rev.Fr.Wilfred Alfred Atin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang dan para pemimpin gereja dan pemimpin masyarakat setempat.
Gereja St.Micheal Parish Penampang adalah antara gereja Katolik tertua di Sabah.

Sementara itu Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak gereja atas jemputan menghadiri majlis itu.
Beliau berkata, pembangunan dan keperluan rumah-rumah ibadat termasuk gereja akan terus diberi perhatian selain tumpuan kepada pembangunan usahawan dan koperasi serta pembangunan lain di kawasan Penampang.

Comments