top of page

Ewon hadiri Singapore-Sabah Business Roundtable 2026, lancarkan Experience Sabah 2.0

  • nabalunews
  • 52 minutes ago
  • 1 min read

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ewon Benedick akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Singapura bermula hari ini.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan menghadiri Singapore-Sabah Business Roundtable 2026 yang melibatkan penyertaan 50 syarikat dan akan menyampaikan ucaptama.


Invest Sabah dan MIDA Singapore juga akan menyampaikan pembentangan semasa dialog meja bulat tersebut.


Ewon juga akan merasmikan Expo Experience Sabah 2.0 yang dianjurkan oleh Sabah Trade and Tourism Office Singapore (STTOS), agensi di bawah MINDET.


Ewon juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada Minister of State for Foreign Affairs Singapore, HE Zhulkarnain bin Abdul Rahim.


Ewon juga akan mengadakan kunjungan ke Hab Inovasi Accenture Singapore.


Delegasi lawatan kerja tersebut akan turut disertai oleh Setiausaha Tetap MINDET, KKIP, SEDCO, Invest Sabah, SMJ Energry dan Sabah Oil and Gas Services Council (SOGSC).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page