Ewon hadiri taklimat JKR Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hadiri taklimat JKR Penampang

Ewon (tengah) dan Francis (empat kanan) bersama para pegawai JKR.

8 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghadiri taklimat Jabatan Kerja Raya (JKR) Penampang, di pejabat itu, di sini, hari ini.


Dalam kunjungan itu beliau diberikan taklimat oleh Jurutera Daerah JKR Penampang Nelliah Sittor mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan di kawasan Penampang.


Antara projek di bawah penyeliaan JKR Penampang ialah pembaikan cerun di Jalan Mesej Timpangoh, menaiktaraf jambatan Sungai Kituau Jalan Limbanak, jambatan Sg.Putaton, pembinaan bangunan gantian penuh 11 bilik darjah untuk program pendidikan khas integrasi (PPKI) di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang.

Menaiktaraf Jalan Suak Batu, Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (menaiktaraf jalan dari Putatan ke Inanam) dan menaiktaraf Jalan Donggongon -Tambunan dari persimpangan ITCC ke persimpangan Jalan Datuk Panglima Banting Penampang.


Kesemua projek itu dijangka siap pada tahun depan dan tahun 2024, kecuali projek menaik taraf Jalan Donggongon -Tambunan dari persimpangan ITCC ke Persimpangan Jalan Datuk Panglima Banting yang dijangka siap pada 2025.

Ewon berharap dengan siapnya projek menaik taraf Jalan Donggongon -Tambunan akan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan Penampang.


“Isu kesesakan jalan raya adalah antara isu utama di daerah Penampang, selain masalah banjir.


“Saya berharap projek-projek penaiktarafan jalan di kawasan Penampang dapat dilaksana dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.



Turut hadir, Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Penampang, Setiausaha Politik Menteri Carl Moosom dan pihak pelaksana projek.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page