Ewon harap Kerajaan teruskan pelan induk pembangunan Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon harap Kerajaan teruskan pelan induk pembangunan Kadamaian


18 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyatakan harapan agar Kerajaan meneruskan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian yang mengandungi keperluan-keperluan pembangunan di kawasan DUN Kadamaian.


“Rakyat Kadamaian telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian yang dibuat oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah.

“Sebahagian daripada impian dan keperluan pembangunan di Kadamaian sudah dimulakan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan kerana meneruskan pelan pembangunan tersebut termasuk projek-projek menaiktaraf jalan utama, fasiliti pendidikan dan ameniti sosial dan penyukatan tanah melalui Program PANTAS.


“Saya berharap Kerajaan akan terus melaksanakan pelan induk Kadamaian ini melalui pelaksanaan belanjawan tahun dan belanjawan tambahan yang diluluskan di Dewan ini,” katanya semasa membahaskan Belanjawan Tambahan Kerajaan Negeri Sabah di sidang DUN hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page