top of page

Ewon Hargai Peranan WRS Dalam Misi Bantuan Bencana

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read
Ewon (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Presiden Kelab WRS Thomson Teo
Ewon (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Presiden Kelab WRS Thomson Teo

30 Mac 2026


PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, menghargai peranan Kelab WRS Four Wheel Drive dalam melaksanakan misi bantuan bencana di negeri ini.


Beliau yang juga Penaung Kehormat kelab itu berkata, WRS merupakan antara pertubuhan yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, khususnya dalam usaha penghantaran bantuan kepada mangsa bencana.


“Sebagai Penaung Kehormat dan ahli kelab ini, saya berbangga kerana kelab ini telah banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya misi penghantaran bantuan bencana.


“Atas tanggungjawab dan sokongan berterusan, saya menyampaikan sumbangan daripada peruntukan khas menteri sebanyak RM20,000 bagi menyokong aktiviti-aktiviti kelab,” katanya.

Ewon ketika berucap pada majlis itu.
Ewon ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Mesyuarat Agung Ke-11 dan Makan Malam WRS Four Wheel Drive, di sini, semalam.


Ewon turut mengucapkan tahniah kepada Thomson Teo yang dipilih semula sebagai Presiden kelab berkenaan, selain barisan ahli jawatankuasa tertinggi yang baharu.


Beliau turut memaklumkan bahawa ramai dalam kalangan ahli kelab tersebut terdiri daripada usahawan dan pemilik perniagaan.


Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri kini membuka peluang melalui pembangunan taman perindustrian baharu di Kota Belud, Kudat dan Kimanis, selain memperluaskan kawasan perindustrian di Lahad Datu.

Ewon (empat dari kiri) bergambar bersama barisan ahli jawatankuasa baharu kelab itu.
Ewon (empat dari kiri) bergambar bersama barisan ahli jawatankuasa baharu kelab itu.

Menurutnya lagi, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah turut melaksanakan beberapa inisiatif termasuk langkah interim bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar serta penyediaan geran usahawan SME-UP tahun ini.


“Semoga kelab ini terus berkembang dengan pelbagai inisiatif serta kekal menjadi rakan strategik kerajaan dalam menjayakan program kemasyarakatan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page