Ewon Huguan Siou dalam pembikinan - Rem Dambul
top of page
  • nabalunews

Ewon Huguan Siou dalam pembikinan - Rem Dambul


Oleh Rem Dambul


1. Sabah hanya ada dua menteri dalam kabinet federal. Ramai yang agak skeptik: dengan perwakilan yang kecil ini, adakah posisi Sabah akan terjaga dalam kerajaan baru?


Memang kita semua menyimpan harapan tinggi. The more, the better. Tapi bila berdepan situasi kurang ideal begini, pilihan kita cuma satu. Just accept it, and make the most of what we have. Dalam banyak keadaan, kualiti sebenarnya lebih penting daripada kuantiti.


2. Ada dua sebab kenapa saya menaruh keyakinan penuh pada wakil kita untuk mengangkat aspirasi Sabah di persada nasional.


Pertama, dua kementerian yang dimandatkan itu, memang bidang-bidang yang amat strategik untuk Sabah. Kedua, portfolio mereka berdua juga satu padanan tepat (perfect match) kepada kekuatan natural masing-masing.


Apa dua kementerian tersebut? YB Datuk Armizan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak; serta YB Datuk Ewon selaku Menteri Keusahawanan dan Koperasi. Kombinasi duo pemimpin muda ini cukup progresif dan berkaliber. Paling penting, mereka tidak memikul sebarang beban legasi silam di peringkat persekutuan, kerana mereka berdua “first-timer”.


3. Kita semua tahu, agenda MA63 adalah satu perjuangan yang kompleks. Ia menuntut sandaran data empirik dan kaedah yang sistematik. Juga perlukan seni diplomasi level tertinggi. Seperti menarik rambut dalam tepung; rambut tidak putus, tepung tidak berderai.


YB Datuk Armizan adalah sosok yang tepat untuk tugas mencabar ini. Beliau pernah mengkaji MA63 sebagai kontrak sosial dan menulis buku ilmiah tentangnya.


Citra baru yang beliau gagaskan ini membawa satu pendekatan segar yang lebih menyeluruh. Berbanding kecenderungan mainstream selama ini yang cuma obses melihat MA63 dari sudut perundangan semata-mata.


YB Datuk Armizan yang saya kenal, seorang yang sangat metodologikal dalam membuat pertimbangan dan perancangan. Beliau bukan politikus tipikal yang senang diacah sentimen, hingga terdorong membuat keputusan-keputusan populist.


He may be relatively young, but he is wise beyond his years. He is definitely the right person for this super tricky job.


4. YB Datuk Ewon adalah contoh pemimpin grass-root sejati. Dari interaksi personal beberapa kali, jelas nyata beliau seorang pendengar yang teliti, dan memiliki jiwa yang membumi. His distinctive persona and leadership goes beyond political divide.


Masa bertanding di Penampang, ramai juga penyokong tegar parti lain secara terbuka berkempen untuk beliau. Kenapa ada fenomena dengan aura sakti begini? Sebab ini Ewon Benedick — the Huguan Siou in the making!


Ciri kepimpinan akar-umbi sangat penting untuk menangani gejala sosioekonomi yang unik di Sabah. Negeri kita mempunyai saiz ekonomi per kapita yang lebih besar daripada Kedah dan Kelantan. Tapi ironinya, kadar kemiskinan Sabah lebih runcing.


Maksudnya apa? Masalah unik negeri ini adalah soal agihan kemakmuran, bukanlah sangat soal pertumbuhan ekonomi. Pandangan ini juga senada dengan konklusi laporan World Bank 2021, yang dilancar beberapa bulan dulu.


5. Menangani masalah jurang sosioekonomi dan isu marginalisasi — memerlukan pemimpin berjiwa rakyat yang memahami kepentingan grass-root economy. Datuk Ewon memiliki segala ciri itu untuk menjuarai usaha merungkai gejala yang sudah lama merajalela ini.


Apakah senjata yang beliau boleh manfaatkan? Antara yang paling efektif adalah mekanisme memperkasa keusahawanan akar-umbi (micro and small enterprises especially), dan merancakkan gerakan koperasi komuniti demi menggembling suara kolektif.


Kenapa ini mampu membawa harapan baru kepada Sabah? Sebab penerima Hadiah Nobel 2006, Muhammad Yunus telah menunjukkan keberkesanan pembasmian kemiskinan menerusi konsep mengukuhkan sistem ekonomi akar-umbi (keushawanan mikro dan kecil) serta meningkatkan kapital sosial komuniti (menerusi gerakan koperasi).


6. Betul, kali ini kita tidak mendapat kuantiti yang diidamkan dalam menu nasional. Tetapi kita ada semua kualiti yang diperlukan, dari segi ingredient dan adunan. Mungkin tidak keterlaluan, untuk kita mengharap bakal disaji sebuah kulinari agung.


Saya percaya YB Datuk Armizan dan YB Datuk Ewon mampu melakukannya.

Tahniah, dan selamat bertugas.


bottom of page