top of page

Ewon hulur sumbangan kepada Gereja

nabalunews

4 Februari 2025


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick tampil menghulurkan bantuan kepada Gereja Sacred Heart Penampang.


Sumbangan disampaikan Pegawai Perhubungan Parlimen Penampang, Belly Stephen kepada wakil KKD Inobong Proper.


Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan berkenaan ialah Ketua Kampung Kimoligan, Florian Stephen.


Florian ketika ditemui berkata, sumbangan berkenaan akan digunakan untuk majlis sempena lawatan pastoral Paderi Paroki Sacred Heart Inobong pada 14 Februari depan.


Katanya, sumbangan berkenaan amat bermakna dan diharap akan dapat menjayakan program berkenaan.


“Saya mewakili Gereja Sacred Heart Penampang mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan dari Pejabat Parlimen Penampang,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page