Ewon hulur sumbangan kepada gereja SIB Nahaba, Lasau Minunsud, SK Tamu Darat dan SK Tambulion
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hulur sumbangan kepada gereja SIB Nahaba, Lasau Minunsud, SK Tamu Darat dan SK Tambulion


24 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sejumlah RM10,000 untuk tabung pembangunan Gereja  SIB Nahaba dan baikpulih rumah pastor Gereja SIB Lasau Minunsud.


Beliau berkata, selain memberi perhatian kepada program-program pembangunan kampung, ekonomi, pendidikan dan sukan, pembangunan untuk rumah-rumah ibadat di kawasan Kadamaian terus diberi perhatian.


“Ini adalah komitmen berterusan saya sebagai wakil rakyat Kadamaian. Selain memberi perhatian terhadap pembangunan gereja, kebajikan para pemimpin atau pastor gereja-gereja juga terus diutamakan,” katanya.

Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk membaikpulih rumah pastor Gereja SIB Lasau Minunsud dan RM5,000 lagi untuk mengisi tabung pembangunan gereja SIB Nahaba.


Sementara itu, beliau turut menyampaikan sejumlah RM2,000 iaitu masing-masing RM1,000 untuk SK Tamu Darat dan SK Tambulion sebagai sokongan Pertandingan Kejohanan Liga Tunas Malaysia Bawah 12 tahun.


bottom of page