• Wartawan Nabalu News

Ewon hulur sumbangan untuk umat Gereja SIB Mandap

Penduduk kampung bergotong-royong membina tangga konkrit di kawasan gereja itu.

22 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan untuk membina tangga konkrit kawasan Gereja SIB Mandap dan membekalkan simen bagi pemasangan tiles dewan makan gereja itu.


Ewon menyampaikan sumbangan sejumlah RM2,000 untuk membina tangga konkrit dan membekalkan 25 karung simen bagi pemasangan tiles seperti yang diperlukan umat gereja itu.

Pemasangan tiles untuk dewan makan Gereja SIB Mandap.

“Saya berharap sumbangan itu dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan pihak pengurusan gereja untuk menyiapkan dewan makan berkenaan,” katanya.


Penduduk kampung mengadakan bergotong-royong membina tangga konkrit kawasan gereja dan pemasangan tiles dewan gereja itu baru-baru ini.


Mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sumbangan itu dan keprihatinan beliau terhadap setiap permohonan penduduk Kadamaian khususnya kampung itu.