Ewon, Jin Zhe kunjungi Speaker DUN kemuka usul khas batal Perjanjian Petronas
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon, Jin Zhe kunjungi Speaker DUN kemuka usul khas batal Perjanjian Petronas


14 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan ADUN Luyang Phoong Jin Zhe mengadakan kunjungan kepada Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim Yahya bagi mengemukakan usul khas membatalkan Perjanjian Petronas.


Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah ADUN Tanjong Papat Datuk Frankie Poon dan ADUN Likas Tan Lee Fatt.


Kunjungan tersebut bertempat di Pejabat Speaker DUN di sini, hari ini.


Ewon dan Jin Zhe sebelum ini menggesa dua mantan Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Pairin Kitingan tampil memberi penjelasan mengapa mereka menandatangani Perjanjian Petronas pada tahun 1976.


Harris kemudiannya memberi penjelasan Perjanjian tersebut harus dibuat selepas Akta Pembangunan Petroleum 1974 diluluskan di Parlimen.


Pairin sehingga kini masih berdiam diri berkenaan isu tersebut. Beliau merupakan penandatangan Perjanjian Petronas tersebut bersama-sama dengan Harris.


Harris mencabar kedua-dua ADUN tersebut untuk membentangkan usul di DUN bagi membatalkan Perjanjian Petronas yang kemudiannya disahut oleh Ewon dan Jin Zhe.

bottom of page