top of page

Ewon ketuai delegasi KKIP terokai potensi kerjasama industri di Taiwan

  • nabalunews
  • Apr 12
  • 1 min read

12 April 2026


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) mengadakan lawatan kerja ke Taiwan bagi menerokai potensi kerjasama industri.


Ewon yang juga Pengerusi KKIP akan mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri berteknologi tinggi dan semikonduktor melalui Taiwan Science Park Industries Association (ASIP).


Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Sinotech Engineering Consultants yang telah membangunkan Hsinchu Science Park dan taman-taman perindustrian lain.


Ewon juga akan mengadakan pertemuan dengan Phison Electronics Corps, Chaoyang University of Technology dan Yeshealth iFarm.


Delegasi tersebut turut disertai Energy Commission of Sabah, SMJ Energy Sdn Bhd, Sabah Energy Corporation, Sabah Electricity dan Universiti Malaysia Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page