Ewon ketuai delegasi KUSKOP ke Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon ketuai delegasi KUSKOP ke Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific

26 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi kementeriannya menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 April di Jordan.


Persidangan yang diadakan sekali dalam empat tahun tersebut dianjurkan oleh International Cooperative Alliance - Asia Pacific (ICA-AP) dengan kerjasama Jordan Cooperative Corporation (JCC) dan Kementerian Pertanian Jordan.


Ewon akan membentangkan kenyataan menteri (ministerial statement) semasa persidangan tersebut selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Jordan yang juga merupakan Pengerusi JCC, Khaled Al-Huneifat.


Ewon dan Khaled seterusnya akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Koperasi Malaysia (IKMA) dan JCC.


Bersempena dengan persidangan tersebut, Ewon juga akan mengadakan lawatan kerja ke Beit Sweimeh Cooperative, iaitu sebuah koperasi yang didukung oleh United Nation Children’s Fund (UNICEF).


Beliau turut akan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di Jordan.


Ewon disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rusli Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Koperasi Malayaia Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) Dato Abdullah Jusoh dan Setiausaha Bahagian Koperasi KUSKOP Azizul Alias.

bottom of page