top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon kunjungi BHESS, terima taklimat hal ehwal Sabah

22 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan kunjungan ke Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri.


Beliau seterusnya diberikan taklimat mengenai hal ehwal Sabah terkait pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Setiausaha Bahagian Datuk Toisin Gantor.


Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Halim Hamzah dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.

Susulan rombakan kabinet, Ewon dilantik untuk membantu Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkenaan dengan hal ehwal Sabah termasuk MA63.


Dalam sesi taklimat tersebut, Ewon turut mencadangkan agar BHESS juga boleh dikembangkan menjadi penyelaras kepada program-program khas ekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Comments


bottom of page