Ewon kunjungi rumah terbuka CNY di Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon kunjungi rumah terbuka CNY di Penampang


11 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengunjungi beberapa rumah terbuka Tahun Baru Cina (CNY) penduduk di kawasan Penampang, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang ditemani isteri tercinta Datin Connie Parantis memulakan program CNY di Putatan Mall seterusnya di Kampung Tuavon dan Kg.Pogunon Penampang.


“Budaya mengunjungi rumah terbuka sempena musim perayaan adalah satu cara untuk kita memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.


"Kita harus menghormati dan meraikan kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia. Ini adalah aset yang kita perlu pelihara dan kekalkan,” katanya.


Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan berharap tahun ini akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page