Ewon kunjungi UDA dan tinjau usahawan di kompleks UDA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon kunjungi UDA dan tinjau usahawan di kompleks UDA

Ewon menerima cenderhati daripada Mohd Salem (kanan), turut kelihatan Saraswathy (tiga dari kanan) dan Suriani.

15 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick mengunjungi dan menghadiri taklomat UDA Holdings Berhad seterusnya meninjau usahawan agensi itu di Kompleks UDA, di sini, hari ini.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha kementerian Dato’ Sri Suriani Ahmad, Pengerusi UDA Holdings Datuk Norliza Abdul Rahim dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Sr. Mohd Salem Kailany.

Ewon disambut mesra pegawai UDA Holdings.

Ewon turut mengulangi komitmennya untuk terus memberi sokongan dan galakan kepada agensi-agensi di bawah kementerian itu bersama-sama membangunkan perusahaan industri kecil dan sederhana (SME) di seluruh negara.


“Saya juga mengalu-alukan kesediaan UDA Holdings untuk bekerjasama dengan kerajaan Sabah dalam membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), tahun depan.


“Dalam hal ini, saya akan membantu UDA Holding mempermudahkan perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan di bawah kerajaan Sabah untuk melihat kemungkinan mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri terutama di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP),” katannya.

Ewon melawat usahawan UDA Holdings.

Beliau berkata demikian selepas taklimat UDA Holdings Berhad di pejabat agensi itu, di sini, hari ini. Taklimat disampaikan oleh Mohd Salem.


Ewon percaya kerajaan Sabah sedang berusaha untuk mewartakan  KKIP sebagai kawasan bebas cukai di negeri itu.


“Saya berharap apabila dimuktamadkan, ia bukan sahaja akan menjadi tarikan baharu kepada pihak industri dan pengusaha industri kecil dan sederhana di Sabah tetapi dapat memperkasakan sektor berkenaan seterusnya menjana sumber pendapatan UDA Holdings,” katanya.

Ewon (tengah), Saraswathy (dua dari kiri), Norliza (dua dari kanan), Suriani (kiri) dan Mohd Salem bergambar bersama pegawai kanan UDA Holdings.

Sementara itu Mohd Salem berkata, UDA Holdings menggariskan tujuh inisiatif usahawan bermula 2023 hingga 2025.


“Pertengahan tahun 2022 ini kerajaan mengumumkan UDA Holdings akan diberikan geran sebanyak RM100 juta. Atas geran yang diumumkan, kita akan berusaha melaksanakan tujuh inisiatif usahawan melibatkan Malaysian Enterprenur Hub, UDA One Stop Retail Centre, Mari Mart, UDA Craft Corner - Kirana, UDA Niaga, Program Insentif Usahawan UDA (PIUU), UDA Hospitality & Development Programme serta Program Digitalisasi Usahawan UDA.


“Semua ini telah dihantar kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk pertimbangan peruntukan berkenaan serta memohonya supaya dikekalkan sebagai geran.

“Kalau dapat geran ini kita dapat membantu sebanyak 4,000 usahawan iaitu 1,500 usahawan wanita, 1,000 usahawan belia, dan 1,500 usahawan lain-lain dalam tempoh tiga tahun bernula 2023-2025.


“Kita juga menjangka dapat membentuk peluang pekerjaan sebanyak 23,275 dan menghasilkan nilai jualan RM908.8 juta dalam tempoh itu,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page