Ewon lancar laman media rasmi “Ewon Benedick Official Media”
12 Ogos 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
PAPAR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, hari ini melancarkan laman media sosialnya yang baharu “Ewon Benedick Official Media”.
Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang berkata, laman media sosial itu akan memaparkan semua program dan aktiviti beliau sebagai menteri, presiden UPKO, Adun Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang.
“Mudah-mudahan laman ini menjadi platform untuk saling menginspirasi antara satu sama lain,” katanya.
Jangan lupa ikuti perkembangan dan isu-isu semasa yang tepat, pantas dan terkini di laman Facebook, Instagram, Tiktok dan Twitter serta Youtube “Ewon Benedick Official Media” serta Nabalu News sebagai portal berita strategik.
Comments