top of page

Ewon lawat mangsa kebakaran di Kg Melangkap Kapa

  • nabalunews
  • 8 minutes ago
  • 1 min read

21 Februari 2026


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Melangkap Kapa, pagi tadi.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan turut menyampaikan sumbangan ringkas kepada semua keluarga terjejas melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


“Pusat Khidmat ADUN Kadamaian juga akan menyalurkan keperluan segera di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), termasuk bantuan pengangkutan bagi tujuan pemindahan.

“Dalam ketiadaan saya di kawasan kerana tugas rasmi kementerian, saya sentiasa meminta urusetia Pusat Khidmat dan UPPM Kadamaian membantu mangsa bencana seperti ini dengan kadar segera.


“Saya turut berdukacita atas kejadian ini dan berharap semua keluarga diberikan kekuatan serta dipermudahkan urusan. Saya juga akan membantu mempermudahkan bantuan yang layak diterima daripada kerajaan,” katanya.


Dalam kejadian itu, sebanyak 10 rumah musnah sepenuhnya manakala empat lagi mengalami kerosakan sebahagian struktur.

Pegawai Daerah Kota Belud telah mengisytiharkan bencana bagi membolehkan semua keluarga terlibat dipindahkan ke PPS di Melangkap.


Selain melawat mangsa kebakaran, Ewon turut menziarahi pemohon bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di kampung Tambatuon, Kampung Melangkap Tiong, Kampung Melangkap Baru, Kampung Purak Ogis dan Kampung Bahab.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton serta urusetia UPPM Kadamaian.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page