top of page

Ewon mahu pembinaan Kapayan Square siap ikut jadul

  • nabalunews
  • Sep 13
  • 1 min read

ree

13 September 2025


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, mahu penaiktarafan Kapayan Square disiapkan mengikut jadual bagi memberi manfaat kepada para penjaja dan pengunjung di kawasan itu.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sementara menunggu pembinaan bumbung Kapayan Square (Kedai Rumah Murah Kapayan) siap sepenuhnya, para peniaga dan penjaja Tamu Mingguan kawasan itu dipindahkan sementara di tapak baharu.


“Pemindahan sementara ini penting bagi membolehkan kerja-kerja penaiktarafan Kapayan Square berjalan lancar.

ree

“Saya berharap pembinaan bumbung Kapayan Square berjalan lancar mengikut jadual supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan ini termasuklah penjaja-penjaja dan juga para pengunjung,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ringkas penyerahan meja dan kerusi serta perasmian Tapak Tamu Sementara kepada para peniaga Tamu Mingguan Kapayan Square, di sini, hari ini.


ree

Majlis perasmian Tapak Tamu Sementara itu disempurnakan oleh ADUN Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang.


Selain sumbangan kerusi dan meja yang disampaikan pada hari ini, Ewon juga telah menyampaikan sumbangan kanopi kepada 72 usahawan Tamu Kepayan Square pada Julai lalu bagi mengurangkan bebanan dan memudahkan mereka menjalankan perniagaan di tapak sementara.

ree

Tapak sementara Tamu Mingguan Kapayan Square itu akan dibina menggunakan peruntukan Adun Kapayan.


Manakala projek menaiktaraf kawasan perniagaan Kapayan Square akan dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page