Ewon mahu Program Jelajah Undang-Undang Malaysia Madani dilaksanakan di luar bandar
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon mahu Program Jelajah Undang-Undang Malaysia Madani dilaksanakan di luar bandar




25 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick mahu Program Jelajah Undang-Undang Malaysia Madani dan Mahkamah Bergerak diteruskan khususnya di kawasan luar bandar, di negeri ini.

 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini bagi membantu masyarakat Sabah khususnya di luar bandar yang berhadapan dengan pelbagai isu termasuk daftar lewat kelahiran dan isu pengambilan anak angkat

 

“Program Mobile Court atau Mahkamah Bergerak yang dimulakan oleh mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebelum ini perlu diteruskan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

 

“Ini kerana kedua-dua negeri itu masih berhadapan banyak isu berkaitan dokumentasi kewarganegaraan seperti pendaftaran lewat, isu pengambilan anak angkat, isu PR, rakyat Sabah yang lahir di luar negara kembali ke negara ini berhadapan dengan isu dokumentasi dan banyak lagi,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Undang-Uadang Malaysia Madani 2024, di Dewan Gawir Kg Madsiang, di sini, hari ini.

 

Majlis itu disemprunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman Said.

 

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, parti itu juga mempunyai Biro Kewarganegaraan dan menerima banyak aduan berkaitan isu kewarganegaraan.

 

“Itu sebabnya, program ini wajar dan sesuai dilaksanakan di Sabah. Terima kasih kepada Datuk Azalina kerana memilih Penampang sebagai tempat permulaan inisiatif program tahun ini.

 

“Saya berharap program ini dapat dilaksanakan di daerah-daerah lain di Sabah yang masih berhadapan dengan isu kewarganegaraan.

 

“Saya percaya bukan hanya isu kewargenagaraan tetapi banyak isu lain yang memerlukan bantuan, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata, ia juga bersesuaian dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Kerajaan Madani untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat negara ini.

 

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page