Ewon mula tugas sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon mula tugas sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Ewon (dua dari kiri) mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik mula tugas, turut kelihatan Suriani dan Zamri

5 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News / Gambar Ihsan KUSKOP


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick memulakan tugas secara rasmi, di kementerian itu dengan mengimbas kad perakam waktu kira-kira jam 12.30 tengahari, hari ini.


Ewon yang mengenakan sut serba hitam tiba di pekarangan bangunan pejabat itu jam 12.15 tengah hari.

 

Ewon bersalaman dengan para pegawai kementerian itu.

Sebaik sahaja tiba di pejabat kementerian itu, beliau sempat melambaikan tangannya ke arah pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan.


Ewon disambut mesra Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Suriani Dato Ahmad dan kemudiannya diiringi pegawai kanan kerajaan mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas sebagai Menteri.


Selepas itu, beliau dibawa ke pejabat untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.



Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha, Dato' Haji Zamri Salleh dan Ketua-Ketua Eksekutif Agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

 

Terdahulu pada jam 10 pagi, Ewon menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra.

 

bottom of page