Ewon pemimpin cergas, wajar disokong - Marcus Mojigoh
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon pemimpin cergas, wajar disokong - Marcus Mojigoh


6 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Mantan Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh tampil memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.


Menyifatkan Ewon sebagai pemimpin yang cergas dan berani, Mojigoh meminta pengundi di Penampang memberi sokongan dan peluang kepada calon PH tersebut untuk membuktikan kepimpinannya.


“Saya kenal Ewon sudah lama dan beliau selalu berkunjung ke rumah saya untuk berkongsi pendapat. Beliau sangat cergas. Beliau patut disokong dan diberi peluang membuktikan kepimpinannya untuk Penampang. Kita mau Wakil Rakyat yang turun padang,” katanya.

Mojigoh menyatakan demikian semasa berucap di pelancaran Jelajah Harapan di Kg Maang kelmarin.


Beliau turut menyatakan kini belum menyertai mana-mana parti politik selepas meletakkan keahlian daripada parti STAR sebelum ini. Beliau juga merupakan mantan Bendahari Agung UPKO.


“Saya hadir memberi sokongan kepada bakal Presiden UPKO, iaitu Ewon dan mahu beliau terus memperjuangkan apa yang telah beliau mulakan di dalam parti UPKO. Saya mahu anak muda ini memimpin Penampang dan Sabah,” katanya.

bottom of page