Ewon Prihatin Keperluan Gereja SIB Kampung Soronsob
- nabalunews
- Feb 18, 2025
- 1 min read

18 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Keperluan pembangunan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Soronsob Taginambur di sini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan disampaikan melalui Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahab, Taisin Dorisi.
Menurut Taisin, bantuan yang diterima akan digunakan bagi menampung kos perbelanjaan menyimen lantai kaki lima Gereja SIB Kampung Soronsob. Projek ini bertujuan meningkatkan keselesaan serta keselamatan jemaat yang hadir ke gereja bagi menjalankan aktiviti keagamaan mereka.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinannya dalam membantu masyarakat setempat, khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur gereja.
"Kami sangat berterima kasih atas perhatian dan sumbangan yang diberikan. Ini amat bermakna bagi komuniti kami," katanya.
Tindakan ADUN Kadamaian itu mencerminkan komitmen beliau dalam memastikan kemudahan keagamaan di kawasan luar bandar terus diberi perhatian. Dengan adanya sokongan seperti ini, diharapkan kemudahan gereja dapat terus dipertingkatkan demi keselesaan para jemaat.















Comments