top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon raikan KSU sempena kunjungan pertama ke Penampang

Ewon (tengah), Dato'Sri Suriani (enam dari kiri) bergambar bersama sebahagian tetamu yang hadir pada jamuan itu.

11 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan jamuan makan malam santai sempena kunjungan pertama Ketua Setiausaha kementerian itu Dato' Sri Suriani Ahmad, di Borneo Spice Kampung Pogunan, di sini, hari ini.


Turut hadir, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Datin Dr. Syahira Hamidon dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Datin Suriani Abdul Rahman.


Hadir sama pengarah-pengarah, pengurus-pengurus dan ketua-ketua agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Sabah.


Hadir memeriahkan acara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe, Adun Kapayan Jannie Lasimbang, Tan Sri Bernard Dompok dan para pemimpin setempat.


Pada Isnin (esok), Ewon dan KSU bersama pegawai-pegawai kanan KUSKOP akan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu dan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Nooor di PPNS untuk membincangkan komitmen kementerian dan kerajaan negeri sama-sama membantu rakyat Sabah khususnya dalam bidang keusahawanan.


Selepas itu rombongan kementerian akan mendengar taklimat pembangunan usahawan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah di SICC dan melawat perusahaan sosial di Penampang.


bottom of page