Ewon rasmi bangunan kilang, lancar produk Pak Man
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi bangunan kilang, lancar produk Pak Man


Ewon menunjukkan produk baharu Pak Man.

25 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


MELAKA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyempurnakan majlis perasmian bangunan kilang dan pelancaran produk Pak Man Industries Sdn Bhd di Taman Perindustrian Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini, hari ini.


Syarikat ini yang menerima pembiayaan daripada dua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengeluarkan lapan jenis pes jenama Pak Man dan yang paling popular ialah Pes Asam Pedas.



Dua agensi KUSKOP yang memberikan pembiayaan itu ialah SME Corp geran RM267,000 dan RM100,000 dari TEKUN Nasional selain bantuan daripada MARA. Syarikat ini merancang untuk meluaskan pasaran produk mereka ke peringkat antarabangsa.


Ewon berucap pada majlis itu.

Ketika berucap pada majlis itu Ewon berharap agar lebih ramai usahawan mencapai kejayaan seperti ini.


"Saya amat bangga melihat kejayaan syarikat ini yang pada mulanya mengusahakan perniagaan daripada rumah dan restoran sendiri, kini mempunyai bangunan kilang sendiri dan berjaya memberikan peluang pekerjaan kepada 58 orang," katanya.


Ewon melawat kilang pemprosesan produk makanan Pak Man.


bottom of page