Ewon rasmi pejabat baharu IKMa di Tawau
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi pejabat baharu IKMa di Tawau

16 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan pejabat baharu Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di Tawau.


Beliau berkata, pembukaan itu melengkapkan usaha kerajaan Sabah dalam membantu usahawan dan koperasi di daerah Tawau.


“Ini juga bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk memberi tumpuan tambahan kepada Sabah dan Sarawak.


“Saya berharap pejabat IKMa di Tawau dapat bekerjasama dengan kerajaan Sabah dan juga pemimpin terutamanya wakil rakyat di sini. KUSKOP sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutamanya golongan usahawan dan koperasi yang memerlukan termasuklah pembiayaan serta bantuan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat IKMa cawangan Tawau, di sini, kelmarin.


Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui,  Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan ketua-ketua agensi dibawah kementerian.


Ewon berkata, pejabat baharu IKMa di daerah ini adalah inisiatif KUSKOP dalam memberi perkhidmatan lebih meluas di seluruh negara.


Menurutnya, Pejabat IKMa Tawau akan sentiasa aktif menjalankan dan melaksanakan latihan pembangunan bagi membantu usahawan serta koperasi di daerah ini.


“Justeru, saya berharap dengan adanya pejabat baharu ini dapat mewujudkan lebih banyak koperasi di daerah Tawau,” katanya.


bottom of page