Ewon salur RM50,000 untuk bina dewan terbuka Lahanas Siba, RM50,000 selesaikan masalah paip di Kg.Tengkurus
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon salur RM50,000 untuk bina dewan terbuka Lahanas Siba, RM50,000 selesaikan masalah paip di Kg.Tengkurus

25 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersetuju menyalurkan peruntukan sejumlah RM100,000 daripada peruntukan khas menteri untuk membina Dewan Terbuka Kampung Lahanas Siba dan menyelesaikan masalah paip di Kg.Tengkurus.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian mengumumkan perkara itu semasa merasmikan Pesta Kaamatan di Kg.Lahanas Siba dan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringakt Zon Tengkurus sempena Perayaan Kaamatan kampung itu, hari ini.


“Saya bersetuju meluluskan peruntukan sejumlah RM50,000 untuk membina dewan terbuka di Kg.Lahanas Siba seperti yang dipohon oleh penduduk kampung dan juga RM50,000 untuk membantu menyelesaikan masalah paip air yang dihadapi penduduk Kg.Tengkurus,” katanya.


Ketika berucap pada Pesta Kaamatan di Kg.Lahanas Siba, Ewon turut meluluskan permohonan penduduk kampung sejumlah RM16,000 untuk melaksanakan pelbagai aktiviti penduduk Kg.Lahanas Siba dan Kg.Lahanas Sokid.


“Bagi memenuhi keperluan penduduk Kg.Lahanas Siba, saya setuju meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 daripada peruntukan khas menteri untuk membina sebuah dewan terbuka di kampung ini.


“Permohonan-permohonan lain seperti keperluan melaksanakan gotong-royong, Program Belia Lahanas Siba, sumbangan pengangkutan kepada murid-murid ke sekolah sejumlah RM8,5000, saya akan salurkan menggunakan peruntukan Touch Point Adun,” katanya.


Ewon turut meluluskan permohonan penduduk Kg.Lahanas Sokid iaitu sumbangan untuk Tadika Jasa Suria Lahanas Sokid, Per. Wanita SIB Lahanas Sokid, Eko Pelancongan Pasarayo dan sumbangan pengangkutan kepada murid-murid ke sekolah.


Sempena program turun padang di Kg.Lahanas Siba dan Kg.Tengkurus, beliau menyampaikan sumbangan sebanyak 80 bakul makanan kepada golongan warga emas dan ketua isi rumah (KIR) B40, di kedua-dua kampung itu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page