top of page

Ewon salur sumbangan RM5,000 kepada Program Unduk Tindal Tanganak sempena Tamu Besar Kota Belud 2024

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 1 min read



25 Oktober 2024


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi menyokong penganjuran program Unduk Tindal Tanganak sempena Tamu Besar Kota Belud 2024.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat ADUN Kadamaian, Shainim Epin, kepada Pengerusi Pelaksana program, Johnika Jaim.


Johnika menyatakan penghargaan kepada Ewon atas sokongan yang berterusan terhadap aktiviti kebudayaan dan kesenian di daerah tersebut.


Menurut beliau, sokongan seperti ini amat penting dalam usaha memartabatkan warisan budaya tempatan, khususnya dalam kalangan generasi muda.


“Pelbagai kategori akan dipertandingkan dalam program ini, termasuk persembahan pakaian tradisional Dusun Tindal yang terkenal dengan baju Sinipak. Ini adalah kesempatan untuk memperkenalkan keunikan budaya kita kepada pengunjung,” katanya.


Program Unduk Tindal Tanganak ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat serta memperkenalkan pakaian tradisional, malah menjadi platform mempromosikan budaya tempatan kepada pelawat dari seluruh negara dan antarabangsa yang dijangka memeriahkan Pesta Tamu Besar Kota Belud 2024, yang akan berlangsung pada awal November ini.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page