top of page

Ewon salur sumbangan RM5,000 untuk Tabung Pembangunan Gereja SIB Lasau Minunsud

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 16, 2022
  • 1 min read

Ewon meninjau rumah sidang gereja SIB Kg Lasau Minunsud.

16 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick bersetuju menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk Tabung Pembangunan Rumah Sidang Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg. Lasau Minunsud.


Beliau berkata, sumbangan itu untuk tujuan pendawaian dan pemasangan siling rumah sidang kampung itu yang kini dalam pembinaan.


“Ini adalah tanggungjawab berterusan saya membantu dari segi pembangunan gereja-gereja di seluruh kawasan Kadamaian, selain pembangunan komuniti dan kebajikan penduduk Kadamaian,” katanya selepas Program Turun Padang di beberapa kampung, di sini, hari ini.


Sementara itu wakil gereja kampung itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sumbangan berterusan untuk pembangunan gereja dan keperluan-keperluan pastor.


Sebelum ini Ewon turut menyampaikan sumbangan bahan binaan kepada rumah sidang gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg Bundu Paka dan kelengkapan-kelengkapan berkaitan bagi menggantikan atap sedia ada yang telah usang.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page