top of page

Ewon sampaikan insentif kepada atlet SAGA Penampang

  • nabalunews
  • Dec 23, 2025
  • 2 min read

23 Disember 2025


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, menyempurnakan penyampaian insentif dan penghargaan kepada para atlet, jurulatih, pengurus serta urusetia pasukan Sabah Games (SAGA) 2025 Daerah Penampang yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu di Tawau pada Oktober lalu.


Dalam kejohanan itu, pasukan SAGA Penampang berjaya meraih sebanyak 45 pingat keseluruhan.


Para atlet diberikan insentif wang tunai sebanyak RM1,000 bagi setiap pingat emas, RM700 bagi setiap pingat perak dan RM500 bagi setiap pingat gangsa, yang disumbangkan oleh para pemimpin dalam kawasan Parlimen Penampang dan disalurkan melalui Majlis Perbandaran Penampang.

Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, pemberian insentif itu adalah tanda penghargaan kepada usaha dan kejayaan atlet dan diharap menjadi dorongan kepada lebih banyak kecemerlangan sukan pada masa akan datang.


“Sebagai Ahli Parlimen Penampang, saya berharap insentif ini dapat terus membakar semangat para atlet, jurulatih dan pengurus untuk terus mengharumkan nama Penampang dalam bidang sukan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin yang telah menyokong pasukan SAGA Penampang.


Katanya lagi, kejayaan kutipan pingat itu juga menjadi motivasi kepada pasukan-pasukan lain yang akan menyertai kejohanan sukan pada masa akan datang, termasuk penganjuran SAGA seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Sandakan.

Pada masa sama, Ewon turut menegaskan keperluan untuk menambah baik kemudahan dan infrastruktur sukan di Penampang, berikutan maklum balas yang diterima daripada jurulatih dan pengurus beberapa sukan termasuk karate, taekwondo, bola keranjang dan badminton mengenai kekurangan kemudahan latihan yang sesuai.


Beliau berkata, ketiadaan dewan masyarakat yang selamat dan berfungsi menyukarkan sesi latihan terutama bagi sukan tertentu, justeru pihaknya akan membawa perkara tersebut ke peringkat perbincangan tindakan daerah untuk perhatian lanjut.

“Apabila kemudahan sukan ini dapat dipertingkatkan, saya percaya Penampang akan lebih bersedia untuk menjadi tuan rumah SAGA atau kejohanan sukan lain pada masa akan datang,” katanya.

1 Comment


lyly gema
lyly gema
5 days ago

Ewon berkata sumbangan insentif itu diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada para atlet untuk terus berusaha meningkatkan prestasi smash karts unblocked dan disiplin dalam bidang sukan masing-masing.

Edited
Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page