Ewon sampaikan sumbangan alat tulis dari Society of Hope kepada 205 murid di Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan alat tulis dari Society of Hope kepada 205 murid di Kadamaian



6 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berupa alat tulis kepada 205 murid dari sekolah-sekolah dalam kawasan DUN Kadamaian.


Kelengkapan alat tulis tersebut disumbangkan oleh Society of Hope, Sabah yang bertujuan untuk membantu murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.


“Bagi mewakili murid-murid yang menerima sumbangan ini, saya merakamkan penghargaan kepada Society of Hope, Sabah kerana memilih 205 murid di kawasan Kadamaian mendapat bantuan ini. Dengan kenaikan mendadak kos sara hidup, saya percaya bantuan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa murid-murid yang terlibat.


“Saya juga mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat yang lain untuk tampil membantu rakyat Kadamaian khususnya untuk pembangunan pendidikan dengan bantuan-bantuan yang sedemikian,” katanya.


Ewon menyatakan demikian dalam upacara ringkas penyampaian sumbangan alat tulis tersebut di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian di sini, hari ini.

bottom of page