top of page

Ewon sampaikan sumbangan bahan binaan rumah sidang SIB dan komuniti

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 16, 2022
  • 1 min read

Sumbangan zink spandek untuk rumah sidang SIB Kg Bundu Paka

16 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan bahan binaan kepada komuniti-komuniti di DUN Kadamaian di sini, hari ini.


Antara yang menerima sumbangan ialah rumah sidang gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg Bundu Paka iaitu zink spandek dan kelengkapan-kelengkapan berkaitan bagi menggantikan atap sedia ada yang telah usang.


Sumbangan paip untuk Kg Gandukut.

Turut menerima sumbangan ialah komuniti Kg Gandukut iaitu tiga gulung paip air graviti dan Kg Pomotodon iaitu sebuah tangki air 800 liter.


Kesemua sumbangan tersebut melibatkan kos sebanyak RM9,500.00.


Sumbangan tangki air untuk Kg Pomotodon.

Ewon turut menyalurkan sumbangan perbelanjaan bagi melaksanakan program gotong-royong di kampung-kampung tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page