Ewon sampaikan sumbangan jayakan Kejohanan Bola Jaring, Olahraga MSS Zon Selatan Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan jayakan Kejohanan Bola Jaring, Olahraga MSS Zon Selatan Kota Belud


Anichlose (kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil SK Tuguson.

4 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan untuk menjayakan Kejohanan Bola Jaring Zon Selatan di SK Tuguson dan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Selatan Kota Belud di SK Mangkulat.


Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Anichlose Kesimin kepada wakil penerima SK Tuguson dan SK Mangkulat di pejabat Perhubungan Adun Kadamaian, di sini, hari ini.


Sumbangan untuk Kejohanan Bola Jaring pada 4 dan 5 Julai diterima oleh Cikgu Lairen bersama jawatankuasa pelaksana kejohanan.


Manakala sumbangan bagi menjayakan Kejohanan Olahraga MSS Zon Selatan kali ke-45 yang akan diadakan pada 13 dan 14 Julai ini diterima oleh YDP SK Mangkulat, Weldy Ruhani.


Anichlose bergambar bersama wakil penerima sumbangan Kejohanan Olahraga MSS Zon Selatan di SK Mangkulat.

Anichlose berkata, pada tahun ini SK Mangkulat dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Zon Selatan melibatkan 18 buah sekolah .


“Bagi pihak Datuk Ewon, saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan perbelanjaan pihak penganjur kejohanan Bola Jaring dan Kejohanan Olahraga,” katanya.



bottom of page