top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan kepada 130 gereja di DUN Kadamaian

21 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan touch point sejumlah RM130,000 kepada 130 gereja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, hari ini.


Beliau berkata, sumbangan itu adalah untuk mengisi tabung gereja bagi keperluan pembangunan dan pembiayaan aktiviti gereja.

“Ini adalah komitmen berterusan saya untuk membantu meringankan bebanan kewangan pihak pengurusan gereja dan juga menyediakan keperluan rumah-rumah ibadat di kawasan DUN Kadamaian.

“Pada hari ini saya mengadakan perjumpaan dengan semua ketua gereja dari pelbagai aliran iaitu Sidang Injil Borneo (SIB), Seventh-day Adventist (SDA), Roman Catholic (RC) dan Gereja Yesus Benar (GYB) seterusnya menyampaikan sumbangan touchpoint ini yang telah saya umumkan semasa Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru pada awal tahun ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Gereja kawasan DUN Kadamaian, di Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Parlimen dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, selain sumbangan touch point, beliau juga akan berusaha mendapatkan peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memenuhi keperluan perbelajaan gereja yang lebih besar.


Terdahulu itu Ewon mengadakan Program Turun Padang menemui penduduk kampung di beberapa kampung kawasan Kadamaian bagi program gotong-royong termasuk gereja-gereja dan menyampaikan sumbangan yang diperlukan di kampung-kampung tersebut.


Komentarai


bottom of page