Ewon sampaikan sumbangan kepada Gereja SIB Kg PiasauEwon sampaikan sumbangan kepada Gereja SIB Kg Piasau
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan kepada Gereja SIB Kg Piasau


Ewon (tengah) menyampaikan sumbangan kepada gereja SIB Kg Piasau diwakili oleh Pta Sipin Kelu

28 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan lawatan kerja dan menyampaikan sumbangan kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg Piasau.


Menurut Ewon, lawatan kerja beliau tersebut adalah susulan permohonan pimpinan gereja bagi mengatasi keperluan pembinaan parit konkrit di sekeliling bangunan gereja.

Ewon dibawa meninjau saliran parit yang dicadangkan untuk dibina konkrit.

“Bagi memulakan kerja-kerja pembinaan awal parit konkrit ini, saya menyumbangkan derma sebanyak RM3,000 manakala selepas ianya dimulakan, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian akan menyalurkan sumbangan tambahan sebanyak RM3,000 lagi. Mudah-mudahan ianya dapat membantu menyelesaikan keperluan oleh pimpinan dan jemaat di gereja ini,” katanya.


Menurut Ewon lagi, lawatan kerja sedemikian merupakan program mingguan selaku ADUN Kadamaian bagi membantu mengatasi permasalahan rakyat yang diadukan kepada beliau.

“Walaupun kini berada di blok pembangkang, tetapi saya akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kadamaian selain melaksanakan peranan semak dan imbang kepada tadbir urus Kerajaan. Saya juga ingin melihat Kerajaan hari ini turut sama pragmatik dan agresif dalam menyelesaikan permasalahan dan keperluan rakyat di Kadamaian,” katanya.

Sementara itu, Ketu Sidang Gereja Pta Sipin Kelu menyatakan bahawa pembinaan bangunan gereja tersebut yang ada sekarang merupakan hasil pungutan derma banyak pihak khususnya jemaat gereja sendiri.


“Pagi pihak gereja, kami menghargai sumbangan yang disalurkan oleh ADUN Kadamaian bagi membina konkrit di sekeliling bangunan gereja. Kami mendoakan beliau terus diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk terus berkhidmat,” katanya.

bottom of page