• Wartawan Nabalu News

EWON SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG PINOLOBUH


Ewon melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg.Pinolobuh.

18 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick mengunjungi keluarga mangsa kebakaran rumah di Kg Pinolobuh, di sini, hari ini.


Antara sumbangan yang disampaikan kepada mangsa kebakaran.

Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan tunai dan barangan keperluan makanan untuk lima keluarga itu.


Kejadian kebakaran rumah dilaporkan berlaku pada awal pagi Selasa (kelmarin) melibatkan dua buah rumah yang dihuni lima keluarga.



“Keluarga empunya rumah ini berdaftar dalam e-Kasih. Saya akan memanjangkan kepada pejabat kerajaan berkaitan mengenai keperluan bantuan lain yang boleh diberikan kepada keluarga ini,” kata Ewon.




Kunjungan tersebut juga disertai oleh pegawai Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Kota Belud yang turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga terlibat.



Keadaan rumah yang terbakar.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com