Ewon sampaikan sumbangan kepada SJK (C) Chung Hwa Kota Belud untuk Ulang Tahun Ke-100
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan kepada SJK (C) Chung Hwa Kota Belud untuk Ulang Tahun Ke-100


Ewon (tengah) menyampaikan sumbangan dan bergambar bersama rombongan.

3 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah SJK (C) Chung Hwa Kota Belud, hari ini seterusnya menyampaikan sumbangan bagi Dana Ulang Tahun Ke-100 sekolah itu.


Ewon menyampaikan sumbangan derma sejumlah RM5,000 bagi membantu meringankan bebanan perbelanjaan sekolah berkenaan.


Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Chong Teck Fook dan disertai oleh ahli lembaga yang lain.

Ewon (kiri) menerima kunjungan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah itu.

Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan pihak sekolah.


“Saya difahamkan pihak sekolah memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk penyelenggaraan dewan, papan putih, Kelas Bestari, menaiktaraf asrama guru, penyelenggaraan bangunan dan menaiktaraf kemudahan pejabat guru,” katanya.


Selain sumbangan derma, pihak sekolah juga akan mengadakan makan malam amal dan alumni bekas pelajar pada November ini dan penjualan tiket secara individu sebanyak RM100 dan RM1,000 bagi satu meja.


bottom of page