Ewon sampaikan sumbangan RM7,000 kepada Kampus Teologi Melangkap
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan RM7,000 kepada Kampus Teologi Melangkap


Ewon menyampaikan cek sumbangan kepada BTSM.

6 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada kampus Borneo Theological Seminary Melangkap (BTSM) bagi membantu kelengkapan pendidikan di kampus tersebut.


Beliau menyampaikan sumbangan tersebut semasa menerima kunjungan daripada Komiti Luar BTSM yang diketuai oleh Pengerusinya Pta Empin Galing.

Ewon bersama dengan rombongan komiti luar Borneo Theological Seminary Melangkap.

Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Ketua SIB Kawasan Taginambur Pastor Phool Tompisal dan Ketua SIB Kawasan Nahaba Pastor Samry Maudin.


Dalam kunjungan itu, komiti tersebut menyampaikan keperluan bagi menaiktaraf kemudahan pendidikan di kampus teologi tersebut termasuk pemasangan wifi bagi kemudahan para seminarian.


“Semasa saya dalam kerajaan sebelum ini, saya telah menyalurkan peruntukan untuk membantu keperluan BTSM ketika itu. Sejak berada di luar kerajaan, saya tetap menjalankan amanah membantu BTSM termasuk membina konkrit saliran parit dalam kampus tahun lepas dan bantuan bahan mentah makanan sepanjang tempoh PKP.

Ewon mendengar taklimat berkenaan keperluan di BTSM.

"Saya berharap sumbangan kali ini dapat menyelesaikan keperluan bagi pemasangan wifi dan LCD projector serta kemudahan pendidikan berkaitan sepertimana yang telah dimaklumkan kepada saya," katanya.


Kampus teologi tersebut mempunyai 16 orang seminarian pada ketika ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page