• Wartawan Nabalu News

EWON SAMPAIKAN SUMBANGAN UNTUK HOSPITAL, PETUGAS BARISAN HADAPAN KOTA BELUD



25 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kerusi untuk keperluan Hospital Daerah Kota Belud dan sumbangan minuman kepada para petugas barisan hadapan di daerah itu.

Sumbangan 50 buah kerusi dan untuk para petugas barisan hadapan yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disampaikan oleh urusetia Pejabat Perhubungan Adun Kadamaian.


“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak hospital yang memerlukan lebih banyak kemudahan kerusi untuk para pesakit di hospital itu.

“Begitu juga dengan para petugas barisan hadapan seperti anggota keselamatan yang bertungkus lumus menjaga keamanan dan lalulintas semasa pandemik Covid-19. Sumbangan ini untuk menghargai pengorbanan mereka,” katanya.


Pada masa yang sama Ewon turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada warga Kadamaian yang terlibat dalam kuarantin rumah.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com