top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan takziah kepada Datuk Arthur dan keluarga

18 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan salam takziah beliau kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Kurup di atas pemergian Tan Sri Joseph Kurup.


Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, UPKO mempunyai sejarah hubungan rapat dengan PBRS, parti yang ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Joseph.


“Dalam kepimpinan, mendiang Tan Sri Joseph telah memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara kita. Pemegian ini adalah satu kehilangan, tapi juga satu ingatan ke atas jasa khidmat mendiang.


“Saya telah menghubungi saudara YB Datuk Arthur menyampaikan salam takziah saya dan parti UPKO di atas pemergian ayahanda tercinta Tan Sri Joseph Kurup.


“Saya doakan agar saudara Datuk Arthur dan keluarga diberi kekuatan dan penghiburan,” katanya dalam perkongsian melalui media sosialnya Ewon Benedick Official Media, hari ini.


Ewon berkata, beliau dan pimpinan UPKO akan berkunjung memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Comments


bottom of page