Ewon sampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi IKMA dan INSKEN yang baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi IKMA dan INSKEN yang baharu

9 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang baharu.


Mereka ialah Onn Abu Bakar (IKMa) dan Mustaffa Kamil Ayub (INSKEN), masing-masing menerima watikah pelantikan daripada Ewon.


Turut disampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datuk Dr. Nayan Yambu @ Laurentius dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datin Sabrina Ahmad.

Penyampaian watikah itu diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan sambutan Hari Raya Aidilfitri KUSKOP, di Dewan Tun Razak Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan pemantauan) Noor Afifah Abdul Razak dan semua warga kerja serta agensi kementerian.


bottom of page