top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon santuni jemaat Gereja St Thomas More Kepayan, setuju salur peruntukan keperluan gereja

12 Mac 2023

Oleh Wartawan News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghadiri misa kudus dan menyantuni jemaat Gereja St.Thomas More Kepayan, di sini, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM16,000 untuk keperluan gereja berkenaan.


“Saya bersetuju memberikan sumbangan kewangan seperti yang dipohon pihak gereja untuk membeli TV dan projektor bagi kegunaan gereja setiap minggu sewaktu Misa Kudus bagi keselesaan umat,” katanya.

Beliau berharap sumbangan itu dapat mengurangkan sedikit bebanan kewangan pihak gereja.

Baru-baru ini, Ewon turut memberikan sumbangan RM1,000 kepada Badan Pembaharuan Karismatik Katolik St Thomas More Kepayan untuk menjayakan penganjuran seminar kesedaran dan penyembuhan di gereja tersebut.


Comentários


bottom of page