top of page

Ewon santuni usahawan di hari pertama Program MADANI Rakyat 2025

  • nabalunews
  • May 9
  • 1 min read


ree

9 Mei 2025


TAWAU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, meluangkan masa menyantuni para usahawan dan koperasi yang mengambil bahagian dalam Program MADANI Rakyat (PMR) Sabah 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.


Beliau berharap, penyertaan para usahawan dan koperasi dalam PMR Sabah 2025 akan membantu meningkatkan pendapatan dan mempromosi produk-produk mereka kepada para pengunjung, selain meluaskan rangkaian niaga baharu sepanjang program ini berlangsung.


“Saya berharap usahawan-usahawan dan koperasi-koperasi dari seluruh negara yang mengambil bahagian dalam PMR akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka.


ree

“Semoga penyertaan mereka ini dapat meningkatkan jaringan perniagaan, membuka peluang kerjasama strategik, serta menjana pulangan jualan yang menguntungkan,” katanya selepas tinjauan dan beramah mesra dengan para usahawan, pada hari pertama PMR 2025.


Ewon berkata, PMR bertemakan “Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan” mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani kemiskinan tegar.


ree

“Keusahawanan bertindak sebagai mekanisme strategik untuk membuka peluang pendapatan pekerjaan dan mobiliti sosial, terutamanya bagi komuniti luar bandar dan B40,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page