top of page
nabalunews

Ewon serahkan sumbangan touchpoint kepada tiga keluarga di Kadamaian



6 November 2024


KOTA BELUD: Sumbangan Touchpoint Kelahiran yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian untuk memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat serta memberikan sokongan kepada penduduk setempat diteruskan hari ini.


Pemaju Mukim di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Anichlose Kesimin, mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan 'touchpoint kelahiran' kepada adik Jsslne Chesa Jospah dari Kampung Melangkap Kapa, Kadamaian, pada Rabu, 6 November 2024.


Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melangkap Kapa, Saunah Balinsai, bagi meringankan beban keluarga dalam menyambut kelahiran baharu.


Sementara itu, Pemaju Masyarakat UPPM Kadamaian, Clarence Somuil, turut mewakili Ewon untuk menyerahkan 'touchpoint kelahiran' kepada adik Aurora Avelin Jerry dari Kampung Lasau Podi. Sumbangan tersebut diterima oleh Pengerusi JKKK Kampung Lasau Podi, Japin Lungkiyu.


Pada hari sebelumnya, iaitu 5 November 2024, Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM Kadamaian, Saikom Watis, telah hadir ke Kampung Sayap untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Gracce Johnry.


Beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bagi pihak Ewon, sebagai tanda simpati dan sokongan terhadap keluarga yang sedang berduka.


Inisiatif sumbangan 'touchpoint kelahiran' dan 'touchpoint kematian' yang dilaksanakan ini adalah antara usaha Ewon untuk membantu keluarga yang memerlukan di Kadamaian.


Langkah ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan komuniti setempat, di samping memastikan bantuan dapat disalurkan secara kepada penduduk yang memerlukan.

Kommentarer


bottom of page