top of page

Ewon sertai acara kebudayaan rai resepsi pasangan Henry Fung dan Jalizsa Justin di Kg Mangkatadan

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 30, 2023
  • 1 min read

30 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa meraikan resepsi perkahwinan pasangan Henry Fung dan Jalizsa Justin di Kg Mangkatadan Notorus, Penampang.


Beliau juga menyertai acara kebudayaan iaitu tarian meraikan pasangan dan menyumbangkan lagu sempena majlis resepsi tersebut.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang singgah menyantuni pasangan, ahli keluarga dan tetamu majlis selepas melaksanakan amanah sebagai ADUN Kadamaian di sebelah pagi.


Ahli keluarga menyatakan penghargaan di atas kesudiaan Ewon memenuhi undangan mereka di sebalik jadual padat sebagai Menteri dan Wakil Rakyat di dua kawasan yang berbeza.


Dalam masa yang sama, penduduk kampung turut mengambil peluang kehadiran Ewon untuk merakamkan gambar bersama dan menyampaikan beberapa permasalahan yang dihadapi di kampung masing-masing antaranya berkaitan dengan jalan raya, jambatan serta pembiayaan keusahawanan.


Selepas melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang, Ewon bertolak menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur untuk tugasan rasmi yang seterusnya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page