top of page

Ewon sertai ribuan penganut Kristian dalam Jalan Salib

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read

3 April 2026


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, meluangkan masa menyertai ribuan penganut Kristian dalam upacara Jalan Salib sempena Jumaat Agung dan Minggu Suci yang berlangsung dalam suasana penuh penghayatan.


Program keagamaan itu diadakan di pelbagai lokasi, menghimpunkan penganut dari kawasan sekitar untuk bersama-sama memperingati penderitaan dan pengorbanan Yesus Kristus melalui perarakan serta doa di 14 hentian yang telah ditetapkan.


Ewon, yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, bersama-sama umat Katolik dalam perarakan Jalan Salib di Kampung Kiau, hari ini.

Beliau berkata, penyertaan dalam acara tersebut mencerminkan penghayatan terhadap kisah hidup dan kesengsaraan Juruselamat, di samping menghargai nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.


“Jalan Salib bukan sahaja satu tradisi keagamaan, tetapi juga membawa mesej mendalam tentang pengorbanan, kasih sayang dan keinsafan yang wajar dihayati,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page